Sabtu, Januari 02, 2010

Isnin, Disember 21, 2009

Kenduri kawin Eli

Majlis persandingan Eli (anak ayah Lah) bersama pasangannya akan berlangsung di ghomah Ayah Lah, Grik pada 26hb Disember 2009. Harap ghamei le waris yang dapat hadir bagi memeriahkan majlis.

Jumaat, Disember 18, 2009

Khamis, September 17, 2009

Khamis, Mac 12, 2009

Jana Kuasa lepas gian

Syukur alhamdulillah majlis kenduri meraikan pengantin - Ana Faraliza dengan Kamarul Nizam telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan izin Allah Ta'ala cuaca amat baik sekali dan selepas selesai kenduri hujan rahmat membasahi bumi bertuah Kuala Kangsor. Hampir kesemua waris2 Mat Jana datang memeriahkan. Dikesempatan begini barulah dapat kembali mengenali waris2 yang sekian lama tak jumpa. Semoga waris2 Mat Jana dapat kerap berjumpa selepas ini.

Acara yang paling ditunggu oleh penduduk setempat adalah persembahan cacar-marba kumpulan Jana Kuasa. Terima kasih pada pakcik yang sporting menyampaikan lagu2 otai yang mana golongan generasi baru tak pernah mendengarkan lagunya. Suara pakcik tu mmg maintain.. Berikut adalah sedikit aksi kumpulan Jana Kuasa dan suasana majlis kenduri tersebut. Gambar2 lain bakal menyusul kemudian....














Khamis, Mac 05, 2009

Berkampung pulak kita di Kole Kangsor

Jemputan ke majlis kenduri kawin Ana Faraliza dengan pasangannya Kamarul Nizam pada 8 Mac (Ahad) 2009 di alamat seperti berikut:

246, Persiaran Pelangi 6,
Taman Sri Emas 2,
Kole Kangsor Bandor DiRaja
Perak Darul Ridzuan

Seisi keluarga pengantin menjemput semua waris2 Mat Jana hadir bagi memeriahkan majlis kenduri ini.

Acara kemuncak majlis ini selain tengok pengantin adalah persembahan kugiran istimewa. Nak tau sapa yang bakal menggegarkan majlis... datang le!!!

Isnin, Mac 02, 2009

Bile sudah berkumpul...

Selesailah sudah majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Abg Joe sabtu lepas. 21hb Feb. Dapatlah jugak bersua muka dengan sedara mara yg amat jarang berjumpa. Kira2 jam 4 ptg baru lah dapat waris2 duduk beramah mesra dengan pengantin baru. Enda saje yg datang bg menerajui waris yg paling tua disamping anak2 serta menantu dan cucu2. Tak lupa jugak bakal waris baru Mat Jana - gopren Pijai... hahahaha. Waris2 Mak Yan - Yop Puad & co. , Yang Nuar & co. serta rombongan dari Kampung Lempor pulang lebih awal. Yang dapat jumpa adalah waris2 Ayah Lah & co., waris2 arwah Mak Nyah serta waris2 Chu. Diharap lepas ni dapatlah semua waris2 berjumpa lebih kerap.. insyaAllah