Selasa, Disember 30, 2008

Rabu, Oktober 22, 2008

INFO: Kak Leha Terkini*

Kak Leha dah balik kerumahnya di Seksyen 17, Shah Alam. Alhamdulillah dia kini berada dalam keadaan sihat dan kembali ceria. Sekarang dia menjalani terapi dirumah sambil dibantu oleh pembantu yg sudi membantu dan ditemani oleh kak yong anak abang Joe. Sekiranya waris2 berkelapangan, sudilah datang menziarahi waris kita ini. Sekurang2nya dapat memberi semangat baru utk meneruskan kehidupan mendatang.

Keadaan kaki Kak Leha setelah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Jumaat, Oktober 10, 2008

INFO: Kak Leha

Untuk pengatahuan waris2, Kak Leha telah keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kini berehat sejenak dirumah Abg Jo setelah kaki kirinya dipotong sebelah kiri akibat penyakit kencing manis. Dikesempatan menyambut hari raya ini marilah kita beramai2 menziarah Kak Leha bagi menenangkan emosinya. Sekurang2nya kedatangan kita dapat memberi sedikit keceriaan. Alamat rumah Abg Jo:

Abang Jo

No 14, Lorong Naluri Sukma 8/1

Seksyen 8, Fasa 2

42300 Bandar Puncak Alam

Tel. Rumah: 03-3393 3582


p/s: Saadiah anak arwah Makmok diberitakan buat open house gak kat Batang Kalo pd 18hb ni. Tapi tade jemputan yg official. Kalo nak serbu ramai bole jek redah :p


Rumah Terbuka

Annuar Yahya dan keluarga (Abg Yang) menjemput waris2 semua ke rumah terbukanya pada 12 Oktober 2008 hari Ahad dari jam 12 tgh hingga 4.30 ptg di terataknya beralamat:

No9, Jalan 2/23E
Danau Kota Setapak
Kuala Lumpur.

Mari kita ramai2 serbu kerumahnya disamping dapat berkumpul sesama sanak saudara sempena menyambut hari raya aidilfitri.

Ahad, September 28, 2008

Syawal menjelma


Ramadhan bakal meninggalkan kita. Harapan kita agar dipanjangkan umor supaya kita bertemu ramadhan lagi untuk tahun depan. Dikesempatan aidilfitiri ini, Ame serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekirakan ada kesalahan selama ini dari hujung rambut hingga kaki serta zahir dan batin. InsyaAllah ada rejeki kita bertemu di hari raya nanti.

- Ame, Fid, Imran & Fatin

Sabtu, September 20, 2008

Baby Ina genap sethn


Sabrina Sofea bt Saiful Rizal


Genap setahun baby Ina (anak chu) pada 17 Sept lepas. Semoga sihat selalu...


Jumaat, September 19, 2008

Hari Raya Sudah Dekat

Assalamualaikum semua, apa khabar waris mat jana? harap semuanya sihat sihat belaka, hari raya sudah dekat, abg dura ala kadar saja, maklumlah ekonomi pun tak berapa sihat, apa apa pun yang penting kita dapat berjumpa pada raya ke 3. Sekian , jumpa lagi.

Selasa, September 09, 2008

Cadangan berkumpul sempena hari raya

Abg Joe mencadangkan semua Waris Mat Jana buat gahtering bersempena hari raya aidilfitri pada hari raya ke-3 nanti. Kalo ramai yg bersetuju bole tido kat ghomah waris2 yg ada dan bole buat skali kenduri arwah skali. Amacam?? Kasik feedback skit...

Askar Jurina Jaafar

Isnin, September 08, 2008

Aksi anak2 ku - Iskandar Kamel

Adik: Fatin Nazirah Abang: Imran Haqeem

Koleksi Ame

Ahad, September 07, 2008

Kenduri Iris

Pada 16hb Ogos lepas berlangsungnya kenduri kesyukuran di rumah Enda di Felda Sg Klah bersempena kelahiran anak Ajak yg ke-3. Puteri terbarunya dinamakan dengan Nurul Iris Damia Bt. Abdul Razak. Tahniah!!!

Sedikit gambo utk tatapan bersama





.

Rabu, September 03, 2008

Salam Ramadhan



Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga kita dianugerahkan dengan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadat berpuasa.


Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan


NAWAITU SAUMAR’ADIN AN ADASIR

FARDHI SHARI RAMADANA HASIHIL

SANATI LILLAHITA’ALAH


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


Bacaan Hendak Berbuka Puasa



ALLAH HUMA LAKASUMTU WABIKA AMANTU WAALA RISKIKA AFTARTU

BIRAHMATIKAYA ARHAMA RAHIMIN.

“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.



Selasa, September 02, 2008

Selamat Datang ke Laman Blog Waris Mat Jana

Assalamualaikum semua. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah erat buat selamanya.