Ahad, Februari 22, 2009

Jemputan majlis perkahwinan Ana Yoep Puad

Waris Mat Jana dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan Ana Faraliza Bt Moahemd Puad dengan pasangan pilihan hatinya - Kamarul Nizam B. Hassan pada:

Hari Ahad, 8 Mac 2009 bersamaan 11 Rabiulawal 1430H, di;

246, Persiaran Pelangi 6,
Taman Sri Emas 2,
Kole Kangsor, Perak

Kalo le tak berkesempatan balik ke Kole Kangsor nanti bole le bertandang beramai2 ke ghomah pengantin laki di;

52, Jalan Sembilang 1,
Kawasan 7, Taman Bertek,
Klang, Selangor.


Moga kehadiran waris2 suma dapat memeriahkan lagi majlis disamping dapat merapatkan lagi silaturrahim antara waris Mat Jana.


Peta ghomah pengantin

Jumaat, Februari 20, 2009

Berkampung di Puncak Alam

Tuan umah pengantin (Zulkifli Sabri a.k.a Abg Joe .a.k.a Pak Cu) mintak waris2 Mat Jana terutama yg muda belia remaja utk berkampung di rumahnya pada hari Jumaat 27hb Feb utk membantu bergotong royong memasak. Lama dah tak buat rewang2 weh...

Agenda kenduri:

27hb selepas isya' Majlis Tahlil
28hb 9.00am - Khatam Quran dan marhaban
11.30am - 5pm - Majlis jamuan
2.00pm - Makan Beradat
2.30pm - Gurindam Pengantin.

Alamat rumah pengantin:

No.14, Lrg Naluri Sukma 8/1,
Sek 8, Fasa 2, Bdr Puncak Alam,
Shah Alam, Selangor.

Selasa, Februari 10, 2009

Kenduri kendara

Pada tahun ni, insyaAllah ramai sepupu sepapat serta anak sedara mara bakal melangsungkan perkahwinan. Diharap kita adik beradik dapat berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Berikut adalah senarai yang bakal melangsungkan kenduri...

28/2 - Ayong (Abg Joe) ::: Shah Alam
8/3 - Ana ( Yop Puad) ::: Kuala Kangsor
7/6 - Hadi (Enda) ::: Felda Sg. Kelah, Sungkai