Ahad, September 28, 2008

Syawal menjelma


Ramadhan bakal meninggalkan kita. Harapan kita agar dipanjangkan umor supaya kita bertemu ramadhan lagi untuk tahun depan. Dikesempatan aidilfitiri ini, Ame serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekirakan ada kesalahan selama ini dari hujung rambut hingga kaki serta zahir dan batin. InsyaAllah ada rejeki kita bertemu di hari raya nanti.

- Ame, Fid, Imran & Fatin

Sabtu, September 20, 2008

Baby Ina genap sethn


Sabrina Sofea bt Saiful Rizal


Genap setahun baby Ina (anak chu) pada 17 Sept lepas. Semoga sihat selalu...


Jumaat, September 19, 2008

Hari Raya Sudah Dekat

Assalamualaikum semua, apa khabar waris mat jana? harap semuanya sihat sihat belaka, hari raya sudah dekat, abg dura ala kadar saja, maklumlah ekonomi pun tak berapa sihat, apa apa pun yang penting kita dapat berjumpa pada raya ke 3. Sekian , jumpa lagi.

Selasa, September 09, 2008

Cadangan berkumpul sempena hari raya

Abg Joe mencadangkan semua Waris Mat Jana buat gahtering bersempena hari raya aidilfitri pada hari raya ke-3 nanti. Kalo ramai yg bersetuju bole tido kat ghomah waris2 yg ada dan bole buat skali kenduri arwah skali. Amacam?? Kasik feedback skit...

Askar Jurina Jaafar

Isnin, September 08, 2008

Aksi anak2 ku - Iskandar Kamel

Adik: Fatin Nazirah Abang: Imran Haqeem

Koleksi Ame

Ahad, September 07, 2008

Kenduri Iris

Pada 16hb Ogos lepas berlangsungnya kenduri kesyukuran di rumah Enda di Felda Sg Klah bersempena kelahiran anak Ajak yg ke-3. Puteri terbarunya dinamakan dengan Nurul Iris Damia Bt. Abdul Razak. Tahniah!!!

Sedikit gambo utk tatapan bersama





.

Rabu, September 03, 2008

Salam Ramadhan



Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga kita dianugerahkan dengan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadat berpuasa.


Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan


NAWAITU SAUMAR’ADIN AN ADASIR

FARDHI SHARI RAMADANA HASIHIL

SANATI LILLAHITA’ALAH


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


Bacaan Hendak Berbuka Puasa



ALLAH HUMA LAKASUMTU WABIKA AMANTU WAALA RISKIKA AFTARTU

BIRAHMATIKAYA ARHAMA RAHIMIN.

“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.



Selasa, September 02, 2008

Selamat Datang ke Laman Blog Waris Mat Jana

Assalamualaikum semua. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah erat buat selamanya.